Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Makanan Barat di Timur?

0 comments
Mencari makanan western yang enak memang relatif susah di kawasan yang jauh dari bandar. Kalau ada pun banyaknya tidak memenuhi selera. Idea western food pada kepada setengah pengusaha, asal ada burger (yang lembik dan dipenuhi unnecessary accessory) atau fries yang digoreng berulang kali atau breaded chicken yang berladung minyak sudah cukup.

Namun, di Dungun ini ada satu kedai comel yang menjual makanan berkonsepkan barat. Kedai yang menghadap ke Laut China Selatan ini sentiasa memenuhi citarasaku dan rakan-rakan. Tidak sekadar asal boleh, kedai yang bernama Hola West ini sememangnya best.

Hola West: Exterior design 

Hola West: Night view
Image: Hola West



Kedai yang diusahakan oleh pasangan Azmi dan Aishah ini memang menjadi tumpuan orang jauh dan dekat yang datang ke Dungun. Azmi sebelum ini mengusahakan perniagaan roti John dan Aishah adalah seorang pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel di UiTM (Terengganu). Gabungan kreativiti mereka berdua memungkinkan Hola West semakin hari semakin mendapat sambutan hangat.

Hola West: Simple interior
Image: Hola West
Berkonsepkan self-service, kedai ini menawarkan pelbagai hidangan barat yang bertukar ganti (kalau tidak seminggu sekali, sebulan sekali). Self-service di sini bermaksud, anda perlu masuk ke dalam kedai untuk membuat pesanan (kerana tiada waiter akan datang bertanya), kemudian tunggu sehingga nombor makanan anda dipanggil. Minuman juga adalah berkonsep self-service - maka, tiada teh tarik atau milo ais. Yang ada minuman ringan, air mineral dan minuman 3 in 1 yang perlu anda bancuh sendiri - dispenser air panas dan cawan tersedia di rak yang comel (semua air adalah flat rate RM1.50 kecuali minuman yang special - RM5)








Minuman special di Hola - setiap satu dijual RM5 dan dihidangkan di dalam botol Prego ini. Yang ini namanya Harimau Malaya. Kesukaanku adalah Lemon B. Memang nyum!



Menu tetap di sini termasuklah Hola hotdog, burgers, sandwiches dan pasta dengan pelbagai cara masakan. Selalunya Azmi yang akan memasak di Hola kerana Aisyah selalu sibuk dengan tugasannya sebagai pensyarah. Gambar sebelah ni adalah Hola Jumbo Hot Dog yang dijual sekitar RM8.













Aku paling suka bila tiba rajinnya si Azmi untuk bereksperimentasi dengan masakannya, dia akan memperkenalkan pelbagai menu yang kebanyakannya sangat aku suka – seperti contoh, grilled duck breast with lemon sauce macam di bawah ni:


Image: Yours Truly

Atau, anda juga boleh customize order seperti yang aku buat ni:

Image: Yours Truly

Sepatutnya, sotong besar tu datang bersama pasta - tapi aku telah menukarkan pastanya dan menggandingkannya dengan duck breast (gandingan yang tak berapa baik - kerana gabungan haiwan darat dan laut).

Secara dasarnya, harga makanan di sini adalah di antara RM5 - RM20. Dengan kualiti masakan yang baik, aku dengan senang hati membayarnya. Kedai ini beroperasi sekitar 5.30 petang hingga 11 malam (Ahad - Khamis) dan ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu atau ditutup lama sekiranya tiba cuti sekolah atau hari raya kerana tokeynya yang kaya raya itu akan memperuntukkan quality time bersama keluarga mereka :)


Bagaimana mahu ke sini?

Boleh guna GPS anda - tapi petua mudahku - anda cari dulu UiTM (Terengganu) sampai dapat, kemudian, drive menghala ke Kuala Dungun - kedai ini berada lebih kurang 100 meter selepas Ulek Beach Resort dan Taman perumahan Promenade. Kalau tak jumpa juga, tawaflah 2-3 kali sepanjang pantai tu. 


Pulut Ayam, anyone?

0 comments
Pulut Ayam @ Padang Besar, Perlis
20 May 2011

picture by Truly Yours

Hidangan ini memang popular di sebelah utara negeri Perlis - banyak terdapat di kawasan Padang Besar. Cuma, aku yang ketinggalan menikmatinya.

Walaupun orang Perlis, boleh dibilang berapa kali saja aku melawat Padang Besar tu. Entahlah, keseluruhan tempat tu tak berapa nak menggamit perasaan mahu pergi. Panas, ramai orang, dan segala macam alasan. Tapi, bulan 5 tahun 2011 (setahun nan lalu) aku boleh pula brsetuju dengan anak-anak saudara sepupuku untuk pergi ke situ - asalnya mahu bergambar di kawasan ladang tebu (pemandangannya memang memukau!) - tapi, alang-alang dah sampai, jom la MakLong kita pi makan puluit ayam!

Apa rasanya?

Pada orang yang bukan peminat pulut, ia adalah hidangan biasa. Cuma pulut, dengan ayam goreng berempah bersama kerak serai, bawang goreng dan sos pencecah. Budak-budak ni suka sungguh. Nak decribe lebih-lebih pun tak sure sebab tak banyak pengetahuan mengenai benda ni ..

Kalau cerita kat mak aku, mesti ini remark yang keluar:
"Hat tu pun hampa pulun dan kata sedap?"

Tapi ... sedaplah juga dan pasti aku akan cari lagi bila pergi ke sana!


Lain di Iklan, Lain yang dapat!

0 comments
Hari tu masa menempah hotel, aku tak kisahkan pun yang booking tu tidak bersama breakfast. Maka, pagi-pagi bangun, melilaulah nak mencari makan (dah la perut ni jenis yang nak kena sarapan awal)! Mujur di hujung kawasan lobi hotel ada satu cafe. Kami pun decided to have our breakfast there.

Hainan Express Restaurant - Theme Park Hotel
March 2nd, 2012
Hers - Coffee, half-boiled eggs and toast
Mine - Nasi lemak with chicken rendang and warm water

Ambiance ok, service ok .. cuma makanan dia sikit tak ok! Kak SitiM seemed satisfied with hers ... but, I got problem with mine. Masa order, dekat dia punya menu, jelas terpampang CHICKEN RENDANG ... tapi, bila dah dibayar dan buka bungkusan -- tu diaaa .. rendang hapa ... ni macam kari ayam mak aku saja. 

Marah juga sebab harga sebungkus nasi lemak ini adalah RM9.90. Memang tak kisah kena bayar banyak tu, tapi biarlah kena dengan apa yang kita bayar! Kalau dah janjinya rendang, yang pi tukaq gulai tu awattt? Tapi, tak dak la aku pi mengamuk kat waiters tu .. Makan sajalah.

Kesimpulan:
Nampaknya, untuk tempat-tempat begini (theme parks), makanan tidaklah diambil berat sangat. Buat cincai-cincai pun orang beli juga. (I beg to differ because I found food in USS quite OK -- but Kak SitiM just didn't concur to my palate).

Anda rasa, bagaimana?

Fine Dining experience: La Cigogne, Colmar Bukit Tinggi

0 comments
Malam itu, kami plan untuk diner "the authentic French cuisine" -- sementelah tertarik dengan keadaan restoran yang nampak cantik dari luar. Lepas Kak SitiM habis massage di le Lavendar Spa (dan dia sangat berpuas hati dengan masseuse Filipino itu), kami berdating di sini. Hujan renyai-renyai dan lampu yang malap - perfect! (Huh!)

La Cigogne, Colmar Bukit Tinggi - The Interior
March 2nd, 2012 - 8.22pm
La Cigogne, Colmar Bukit Tinggi
March 2nd, 2012 - 8.22pm
 

Layanan dari waiter dan waitress nya sangat bagus. Waiter, a bald, tall and good looking Indian man and the waitress aku suspected Filipino (BTW, ramai betul 'foreigners' yang kerja kat Colmar ni ... hairan juga). Mula-mula ada rasa was-was yang bertandang kerana di menu terdapat menu alcoholic drinks. Namun, waiter tu beriya-iya kata halal (bukan JA-kim kot la) sebab tak ada non-halal items di dapur masak (minuman je). Kalau dia tipu, nasib lah. Maka, dengan bismillah wa tawakkal tu a'lallah, khalassss ... 


Apa yang kami order?

Bisque de Crustaces (RM20.00)
Lobster soup yang tak ada langsung rasa lobster 

Fillet de Saumon (RM45.00)
I don't think this salmon is well seasoning .. tak sedap seperti yang dibayangkan! 

Tarte aux Citrons (RM18.00)Dessert yang sangat tak sedap

 I don't really enjoying the food. I think it was over-priced too. Kenapa? Sebab, macam jauh panggang dari api saja konsep "fine dining of authentic French cuisine". Dalam kepala ni lain fikiran, tapi yang datang, lain pulak jadinya.

Habis ke tak?

Sebab hujan dari renyai dah jadi lebat, sejuk pula, belasah saja. Dan, makan pun cepat-cepat aje sebab nak kejar final episod of Dingin Lavenda yang ternyata hampeh belaka.

Tapi, tetaplah mak bersyukur sebab masih mampu makan begini ... ALhamdulillah.