Makanan Barat di Timur?

0 comments
Mencari makanan western yang enak memang relatif susah di kawasan yang jauh dari bandar. Kalau ada pun banyaknya tidak memenuhi selera. Idea western food pada kepada setengah pengusaha, asal ada burger (yang lembik dan dipenuhi unnecessary accessory) atau fries yang digoreng berulang kali atau breaded chicken yang berladung minyak sudah cukup.

Namun, di Dungun ini ada satu kedai comel yang menjual makanan berkonsepkan barat. Kedai yang menghadap ke Laut China Selatan ini sentiasa memenuhi citarasaku dan rakan-rakan. Tidak sekadar asal boleh, kedai yang bernama Hola West ini sememangnya best.

Hola West: Exterior design 

Hola West: Night view
Image: Hola West



Kedai yang diusahakan oleh pasangan Azmi dan Aishah ini memang menjadi tumpuan orang jauh dan dekat yang datang ke Dungun. Azmi sebelum ini mengusahakan perniagaan roti John dan Aishah adalah seorang pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel di UiTM (Terengganu). Gabungan kreativiti mereka berdua memungkinkan Hola West semakin hari semakin mendapat sambutan hangat.

Hola West: Simple interior
Image: Hola West
Berkonsepkan self-service, kedai ini menawarkan pelbagai hidangan barat yang bertukar ganti (kalau tidak seminggu sekali, sebulan sekali). Self-service di sini bermaksud, anda perlu masuk ke dalam kedai untuk membuat pesanan (kerana tiada waiter akan datang bertanya), kemudian tunggu sehingga nombor makanan anda dipanggil. Minuman juga adalah berkonsep self-service - maka, tiada teh tarik atau milo ais. Yang ada minuman ringan, air mineral dan minuman 3 in 1 yang perlu anda bancuh sendiri - dispenser air panas dan cawan tersedia di rak yang comel (semua air adalah flat rate RM1.50 kecuali minuman yang special - RM5)








Minuman special di Hola - setiap satu dijual RM5 dan dihidangkan di dalam botol Prego ini. Yang ini namanya Harimau Malaya. Kesukaanku adalah Lemon B. Memang nyum!



Menu tetap di sini termasuklah Hola hotdog, burgers, sandwiches dan pasta dengan pelbagai cara masakan. Selalunya Azmi yang akan memasak di Hola kerana Aisyah selalu sibuk dengan tugasannya sebagai pensyarah. Gambar sebelah ni adalah Hola Jumbo Hot Dog yang dijual sekitar RM8.













Aku paling suka bila tiba rajinnya si Azmi untuk bereksperimentasi dengan masakannya, dia akan memperkenalkan pelbagai menu yang kebanyakannya sangat aku suka – seperti contoh, grilled duck breast with lemon sauce macam di bawah ni:


Image: Yours Truly

Atau, anda juga boleh customize order seperti yang aku buat ni:

Image: Yours Truly

Sepatutnya, sotong besar tu datang bersama pasta - tapi aku telah menukarkan pastanya dan menggandingkannya dengan duck breast (gandingan yang tak berapa baik - kerana gabungan haiwan darat dan laut).

Secara dasarnya, harga makanan di sini adalah di antara RM5 - RM20. Dengan kualiti masakan yang baik, aku dengan senang hati membayarnya. Kedai ini beroperasi sekitar 5.30 petang hingga 11 malam (Ahad - Khamis) dan ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu atau ditutup lama sekiranya tiba cuti sekolah atau hari raya kerana tokeynya yang kaya raya itu akan memperuntukkan quality time bersama keluarga mereka :)


Bagaimana mahu ke sini?

Boleh guna GPS anda - tapi petua mudahku - anda cari dulu UiTM (Terengganu) sampai dapat, kemudian, drive menghala ke Kuala Dungun - kedai ini berada lebih kurang 100 meter selepas Ulek Beach Resort dan Taman perumahan Promenade. Kalau tak jumpa juga, tawaflah 2-3 kali sepanjang pantai tu. 


Ho chak!

0 comments
Apabila ke luar negara, mencari makanan halal memanglah sesuatu yang menggusarkan. Harus berhati-hati. Bukannya semudah petik jari menjatuhkan DARURAT apabila agak susah mencari.

19 Disember 2010 : 8pm - Sampai di Sentosa Resort hari sudah beransur malam. Makanan terakhir yang dijamah di atas keretapi tadi adalah nasi berlauk - dalam pukul 3.30 petang. Ada mushroom burger BK, tapi dinasihatkan Kak SitiM supaya tak usah dimakan kerana burger itu dibeli pukul 7.30 pagi - kalau ikutkan, aku tak kisah 'membaham' burger tu .. tapi sebab nasihatnya agak sedikit men'psycho', aku ikutkan saja. Oh burger .... bukan rezekiku nampaknya ....


Selepas mengambil tiket untuk Voyage de la Vie, kami pusing-pusing sekitar kawasan itu sambil meninjau-ninjau tempat makan. Bertanyakan seorang adik penjaga kiosk pastries kalau-kalau ada tempat makan yang halal. Pantas dia menunjukkan ke arah Toast Box.

"Halal ke dik ..? Apa yang ada kat situ?" Kak SitiM bertanya.

"Eh, halal kak. Saya selalu makan kat situ. Macam-macam ada," balas adik itu.

"Apa yang ada kat situ?"

"Macam-macam. Nasi lemak dia sedap."

"Ada nasi lemak? Wah, bestnya!," kami sungguh teruja dengan info tersebut.

Dengan penuh keterujaan sebab ada tempat halal nak makan, kami pun join the line of customers. Ala-ala kopitiam design di dalamnya.

Sampai ke turn aku, aku mintak mee siam. Nampak menyelerakan. Minuman? Biasalah .. iced lemon tea.

Mee Siam - mihun goreng berkuah taucu. Masam manis rasanya. Sedap!
Image: Your Truly

Kak SitiM berkira untuk memesan nasi lemak - tapi ada sedikit kegusaran dengan ayam goreng yang diletakkan sekali bersama nasi. Bila ditanya sama ada boleh atau tidak nasi lemak itu dipesan tanpa ayam goreng - terus saja waitress itu kata:"I don't think you should have this nasi lemak m'am because we fry the chickens together with porks. You may try something else."

Hah! Bluwekkkk ... macam mana adik tadi tu cakap halal dan dia selalu makan? Arghhh ...
  
Akhirnya laksa with seafood curry gravy dan Milo Dinasour menjadi pilihannya.




Kemudian, menjeling ke menu, mata tertarik dengan hidangan ini - Chili Crab Toast. Apa lagi, order lah! Tapi, rasanya tidaklah sesedap namanya. Tak menyesal pun tapinya ...







Sambil makan sambil berbual.
  
Aku tiba-tiba terfikir, "Eh you ... what if sayur-sayur ni, telur ni dia potong dengan pisau yang dia guna untuk potong benda tu?"

Kak SitiM punya reaksi, "Shut up stupid! Finish your food."


Hehehehehhe ... Halal lah!