Makanan Barat di Timur?

Mencari makanan western yang enak memang relatif susah di kawasan yang jauh dari bandar. Kalau ada pun banyaknya tidak memenuhi selera. Idea western food pada kepada setengah pengusaha, asal ada burger (yang lembik dan dipenuhi unnecessary accessory) atau fries yang digoreng berulang kali atau breaded chicken yang berladung minyak sudah cukup.

Namun, di Dungun ini ada satu kedai comel yang menjual makanan berkonsepkan barat. Kedai yang menghadap ke Laut China Selatan ini sentiasa memenuhi citarasaku dan rakan-rakan. Tidak sekadar asal boleh, kedai yang bernama Hola West ini sememangnya best.

Hola West: Exterior design 

Hola West: Night view
Image: Hola West



Kedai yang diusahakan oleh pasangan Azmi dan Aishah ini memang menjadi tumpuan orang jauh dan dekat yang datang ke Dungun. Azmi sebelum ini mengusahakan perniagaan roti John dan Aishah adalah seorang pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel di UiTM (Terengganu). Gabungan kreativiti mereka berdua memungkinkan Hola West semakin hari semakin mendapat sambutan hangat.

Hola West: Simple interior
Image: Hola West
Berkonsepkan self-service, kedai ini menawarkan pelbagai hidangan barat yang bertukar ganti (kalau tidak seminggu sekali, sebulan sekali). Self-service di sini bermaksud, anda perlu masuk ke dalam kedai untuk membuat pesanan (kerana tiada waiter akan datang bertanya), kemudian tunggu sehingga nombor makanan anda dipanggil. Minuman juga adalah berkonsep self-service - maka, tiada teh tarik atau milo ais. Yang ada minuman ringan, air mineral dan minuman 3 in 1 yang perlu anda bancuh sendiri - dispenser air panas dan cawan tersedia di rak yang comel (semua air adalah flat rate RM1.50 kecuali minuman yang special - RM5)








Minuman special di Hola - setiap satu dijual RM5 dan dihidangkan di dalam botol Prego ini. Yang ini namanya Harimau Malaya. Kesukaanku adalah Lemon B. Memang nyum!



Menu tetap di sini termasuklah Hola hotdog, burgers, sandwiches dan pasta dengan pelbagai cara masakan. Selalunya Azmi yang akan memasak di Hola kerana Aisyah selalu sibuk dengan tugasannya sebagai pensyarah. Gambar sebelah ni adalah Hola Jumbo Hot Dog yang dijual sekitar RM8.













Aku paling suka bila tiba rajinnya si Azmi untuk bereksperimentasi dengan masakannya, dia akan memperkenalkan pelbagai menu yang kebanyakannya sangat aku suka – seperti contoh, grilled duck breast with lemon sauce macam di bawah ni:


Image: Yours Truly

Atau, anda juga boleh customize order seperti yang aku buat ni:

Image: Yours Truly

Sepatutnya, sotong besar tu datang bersama pasta - tapi aku telah menukarkan pastanya dan menggandingkannya dengan duck breast (gandingan yang tak berapa baik - kerana gabungan haiwan darat dan laut).

Secara dasarnya, harga makanan di sini adalah di antara RM5 - RM20. Dengan kualiti masakan yang baik, aku dengan senang hati membayarnya. Kedai ini beroperasi sekitar 5.30 petang hingga 11 malam (Ahad - Khamis) dan ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu atau ditutup lama sekiranya tiba cuti sekolah atau hari raya kerana tokeynya yang kaya raya itu akan memperuntukkan quality time bersama keluarga mereka :)


Bagaimana mahu ke sini?

Boleh guna GPS anda - tapi petua mudahku - anda cari dulu UiTM (Terengganu) sampai dapat, kemudian, drive menghala ke Kuala Dungun - kedai ini berada lebih kurang 100 meter selepas Ulek Beach Resort dan Taman perumahan Promenade. Kalau tak jumpa juga, tawaflah 2-3 kali sepanjang pantai tu. 


0 comments :: Makanan Barat di Timur?