When Halal and Haram Collide

0 comments
Ada orang kata, bila ke luar negara, kita dalam keadaan 'darurat'. Banyak yang dibolehkan. Namun, kefardhuan mencari yang halal itu lebih utama. Dan, aku tidak menyangka bahawa aku akan mengalami pengalaman ini sendiri. Berharga, pasti!

Masa berjalan-jalan di Sagrada Familia, hari dah petang dan makanan terakhir yang aku makan adalah Fillet-o-Fish dan salad di Charles de Gaulle Airport, sekitar pukul 10 pagi. Ditambah dengan cuaca yang agak sejuk, makin lapar jadinya. Ada McDonald's berdekatan situ, tapi tekak tak selera menelan another fillet-o-fish. 

Berjalan menyusuri deretan kedai, kami terjumpa ini:



Hati gembira - marilah kita masuk dan bertanya.

Tapi kenapa rasa boleh makan? -- Sebab macam ada lambang vegetarian pada kedainya.

Bila masuk, tengok waiters and waitresses Asian looking. Dia pun tanya kita:

"Indonesian?"

"Naah. Malaysian." 

"I see."

"We are strict vegetarian. Do you think we can eat this?"

"Hmmm.. I think, all at this side you can eat - sambil menunjukkan ke arah bahagian salad dan pasta makanan laut - , but that side (bahagian meat / chicken / pizza), I don't think so."

"OK, thanks!"

Maka, tanpa berlengah, kami mengambil semua yang boleh dimakan. Sedang asyik mengisi pinggan, tiba-tiba Noya berkata:

"I don't think we can eat this" -- merujuk kepada potato salad.

"Hah? Why?" - pinggan aku dah penuh dengan salad itu dan makanan lain.

"Dia campur sausage ni..." -- Arghhhh!

Alamak, macam mana ni?

Luckily for us, since it was buffet style, boleh la konon-konon ambil pinggan yang berisi tu ke meja, dan datang untuk re-fill balik dengan yang lain. Sedih bila tengok selonggok makanan yang kena buang sebab mata tak berapa cekap meneliti.



Akhirnya, ini sahaja yang aku ambil - boiled potato laced with olive oil, hard-boiled egg salad, couscous, blanched long bean dengan salad dressing. OK la, kenyang la juga. Kemudian disudahi dengan cheese cake, coffee and peaches.

Alhamdulillah - dan Maha Suci Allah yang menjagaku daripada memakan benda yang haram itu. 

My Europe Tour: Bagaimana ia bermula?

0 comments
Tahun 2009, Noya mula merancang untuk ke Europe dengan konsep back-pack. Dia tu memang dah season traveller – hampir semua benua dijelajahinya. Dan, tak tahu kenapa, dia beriya mengajak aku. Pada mulanya, kufikirkan ajak-ajak ayam yang berangan mat jenin (di pihak aku), tapi, rupanya dia serius! Haih … dan dia dah mula membeli tiket, survey hotel dan semua-semua lah. Aku dah mula rasa menyesal memberikan persetujuan main-main begitu – sebab? Aku ni bab-bab gini memang tak kuasa dan kedekut sikit walaupun aku tahu jauh berjalan luas pemandangannya (hoho!).

Tapi, perempuan nama Noya ni memanglah … dia berjaya membuatkan aku terikut semuanya. Tambahan tahun 2009, dapat duit KWSP, tu yang macam kira OK tu. Walaupun begitu, aku masih tak rasa aku serius mahu pergi – sampailah dia minta aku bayar tiket flight. Waduh!

Kami bercadang untuk pergi masa cuti semester universiti – May – June. Dah baik punya plan, sekali KPT sudah buat onar, tukar jadual akademik – nak menarik foreign students katanya – nak jadi education hub - dan lastly hub Awang Hitam. Padan muka! 

Maka, elok-elok ada cuti May-June, terus kena mengajar sepanjang tahun. Bre*****! Univerisiti yang tak ada pelajar diploma, OK la dengan jadual baru. Tapi, kami ni? Ohhh, panas betul hati walau hajatnya tadi tidaklah beriya mana. Tapi, haruslah meroyan juga bila mengenangkan booking tickets and accommodations tu!

So, apa yang kami buat? Tell you later!

Oct 27, 2011 - Gatwick Airport, UK


Masa merancang:

(1) Pastikan tempat yang nak pergi - in my case, it was determined by Noya.

(2) Survey tiket murah dan penginapan - in my case, same with the above.

(3) Mula menabung dengan religiously - in my case, I allocated RM1500/month (excluding flight tickets + accomodations - tu bayar asing).

(4) Kalau kena pergi waktu ada kelas / kerja, pastikan surat permohonan dihantar ke pihak berwajib. Macam-macam paperwork kena buat - pelepasan tugas, insurance (health) dan sebagainya. In my case, it still Noya's business

(5) Pastikan passport adalah masih valid (kurang 6 bulan sebelum perjalanan).

(6) Mulakan study mengenai tempat-tempat yang ingin dilawati - In my case, I didn't study at all even Noya insisting me read some of books on fjords, life in France, something about Norway. Feel no need to do so. Let those places surprise me for I love surprises (NOT!) -- read: pemalas tegar. 

Nota Pertama

0 comments
Tahun 2011 memang menyenangkan - especially bila dapat peluang merantau (yeah, merantau la sangat) ke Europe pada hujung tahun. Sesuatu yang memang aku anggap impossible dan kemudiannya menjadi excitedly unbelievable (apa tu? - hantam saja!).

Walaupun jarang berangan nak ke Europe, tapi dalam hati tetap ada impian. Ye lah, kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan. Sejauh mana luas pemandangan dari mata kecil ini, tidak lah berapa pasti nak dikatakan. Namun, dari kerana mata lah, aku dapat menikmati semua ini .. Alhamdulillah.

So, aku cadang dalam blog ini aku mahu letak cerita-cerita mengenai 'kembara' ini. Banyak yang nak ditulis (gua duduk 2 minggu kat sana bai!) - kiranya catatan seorang novice and amateurish traveller la. Bagi yang dah pangkat season travellers, pandangan anda aku hargai. 

Tapi, adakah nak buat cerita ni sampai kena buat blog baru bagai? -- ntahlah, aku pun tak berapa sure. Tapi, yang penting, nak mencari mood dan semangat baru (ecehceh). Hijrah lah aku. So, for the start, layan dulu gambar-gambar ni. Cerita mungkin akan bersifat kronologi atau ISA - Ikut suke ambe! Mana-mana sempat lah ... Enjoy!


Nov. 9, 2011 - Tower of London, UK


Nov 2, 2011 - Tibidabo Theme Park, Barcelona, Spain


Nov 6, 2011 - Do Fado Museum, Lisbon, Portugal


Oct. 29, 2011 - Vigeland Sculpture Park, Norway
Noya and Aqeem strolling at the park enjoying pre-winter weather


Oct. 31, 2011 - Pyramid of Louvre, Paris