My first espresso experience

0 comments


I am not a coffee person. Namun, suka bau kopi yang baru dibancuh panas-panas.

Oleh kerana tidak menggemari kopi, maka, aku tidaklah fasih dengan jenis-jenis kopi yang ada - setakat latte dan kopi o kaw boleh lah.

Tetapi, apabila menunggu penerbangan dari Paris ke Lisbon, Portugal, aku mencuba espresso. Kisahnya begini:

Sebelum keluar dari hotel, memang aku sudah menikmati secawan Milo Fuze yang diadun bersama bijirin serta nasi serta tuna magic. Namun, selepas mengharung pelbagai aktiviti di Charles de Gaulle airpoort yang sangat besar itu, ia membuatkan aku lapar semula.

Di satu sudut airport ada cafe kecil bersebelahan McDonald's, Brioche Doree B  yang menjual roti dan minuman panas. Selepas membeli fillet-o-fish, aku mengintai roti apa yang boleh dibeli sekali. Nampak ada muffin dan donut yang macam boleh dimakan (halal). Kemudian, mata meneliti minuman yang ditawarkan bila aku ternampak espresso (yang paling murah antara semua). Seriously, I've no idea what does it tastes.

Bila waiter menghidangkannya, aku macam 'whatta...?". Tapi terima saja. Dah bayar dah pun. Dalam paper cup yang sangat kecil - macam yang selalu dapat di supermarket di Malaysia ini bila kita ditawarkan rasa atau mencuba sebarang minuman. Dan, kesemua hidangan di atas (minus the burger) adalah berharga EURO6.70 (MYR28.81). 

Mahal? Padaku, itu harga biasa untuk mereka dan masih dalam lingkungan boleh diterima.

Selepas meneguk espresso, aku rasa menyesal kerana ia sangat pahit (memang begitu ya rasanya?). Urghhh.

Tapi, moral nya, I've tasted my first cup of espresso in Paris ... tu yang mahal tu! :)