Bila Anak Seluang Balik ke Lubuk

0 comments
Aku tak pernah sangka bahawa semua tempat-tempat ini wujud di kampung halamanku - Perlis yang cinonet ini sehinggalah kami buat tour ini. 

Macam di Savannah Africa!
Ostrich di ladangnya

Aisyy .. jangan la patuk saya!


Huarghhhh!
Pocot jantungku dengan Ostrich ni!
 

Besar sign Padang Besar ni!
 
Lihatlah .. keindahan ..
Ni ladang tebu .. Tebu masih belum tumbuh tinggi 

Sesekali anak seluang balik ke lubuk ... Terkejut dia dengan lubuknya ... Masih banyak yang perlu diterokai ...
 

Pulut Ayam, anyone?

0 comments
Pulut Ayam @ Padang Besar, Perlis
20 May 2011

picture by Truly Yours

Hidangan ini memang popular di sebelah utara negeri Perlis - banyak terdapat di kawasan Padang Besar. Cuma, aku yang ketinggalan menikmatinya.

Walaupun orang Perlis, boleh dibilang berapa kali saja aku melawat Padang Besar tu. Entahlah, keseluruhan tempat tu tak berapa nak menggamit perasaan mahu pergi. Panas, ramai orang, dan segala macam alasan. Tapi, bulan 5 tahun 2011 (setahun nan lalu) aku boleh pula brsetuju dengan anak-anak saudara sepupuku untuk pergi ke situ - asalnya mahu bergambar di kawasan ladang tebu (pemandangannya memang memukau!) - tapi, alang-alang dah sampai, jom la MakLong kita pi makan puluit ayam!

Apa rasanya?

Pada orang yang bukan peminat pulut, ia adalah hidangan biasa. Cuma pulut, dengan ayam goreng berempah bersama kerak serai, bawang goreng dan sos pencecah. Budak-budak ni suka sungguh. Nak decribe lebih-lebih pun tak sure sebab tak banyak pengetahuan mengenai benda ni ..

Kalau cerita kat mak aku, mesti ini remark yang keluar:
"Hat tu pun hampa pulun dan kata sedap?"

Tapi ... sedaplah juga dan pasti aku akan cari lagi bila pergi ke sana!