Showing posts with label SEA. Show all posts
Showing posts with label SEA. Show all posts

Ho chak!

0 comments
Apabila ke luar negara, mencari makanan halal memanglah sesuatu yang menggusarkan. Harus berhati-hati. Bukannya semudah petik jari menjatuhkan DARURAT apabila agak susah mencari.

19 Disember 2010 : 8pm - Sampai di Sentosa Resort hari sudah beransur malam. Makanan terakhir yang dijamah di atas keretapi tadi adalah nasi berlauk - dalam pukul 3.30 petang. Ada mushroom burger BK, tapi dinasihatkan Kak SitiM supaya tak usah dimakan kerana burger itu dibeli pukul 7.30 pagi - kalau ikutkan, aku tak kisah 'membaham' burger tu .. tapi sebab nasihatnya agak sedikit men'psycho', aku ikutkan saja. Oh burger .... bukan rezekiku nampaknya ....


Selepas mengambil tiket untuk Voyage de la Vie, kami pusing-pusing sekitar kawasan itu sambil meninjau-ninjau tempat makan. Bertanyakan seorang adik penjaga kiosk pastries kalau-kalau ada tempat makan yang halal. Pantas dia menunjukkan ke arah Toast Box.

"Halal ke dik ..? Apa yang ada kat situ?" Kak SitiM bertanya.

"Eh, halal kak. Saya selalu makan kat situ. Macam-macam ada," balas adik itu.

"Apa yang ada kat situ?"

"Macam-macam. Nasi lemak dia sedap."

"Ada nasi lemak? Wah, bestnya!," kami sungguh teruja dengan info tersebut.

Dengan penuh keterujaan sebab ada tempat halal nak makan, kami pun join the line of customers. Ala-ala kopitiam design di dalamnya.

Sampai ke turn aku, aku mintak mee siam. Nampak menyelerakan. Minuman? Biasalah .. iced lemon tea.

Mee Siam - mihun goreng berkuah taucu. Masam manis rasanya. Sedap!
Image: Your Truly

Kak SitiM berkira untuk memesan nasi lemak - tapi ada sedikit kegusaran dengan ayam goreng yang diletakkan sekali bersama nasi. Bila ditanya sama ada boleh atau tidak nasi lemak itu dipesan tanpa ayam goreng - terus saja waitress itu kata:"I don't think you should have this nasi lemak m'am because we fry the chickens together with porks. You may try something else."

Hah! Bluwekkkk ... macam mana adik tadi tu cakap halal dan dia selalu makan? Arghhh ...
  
Akhirnya laksa with seafood curry gravy dan Milo Dinasour menjadi pilihannya.




Kemudian, menjeling ke menu, mata tertarik dengan hidangan ini - Chili Crab Toast. Apa lagi, order lah! Tapi, rasanya tidaklah sesedap namanya. Tak menyesal pun tapinya ...







Sambil makan sambil berbual.
  
Aku tiba-tiba terfikir, "Eh you ... what if sayur-sayur ni, telur ni dia potong dengan pisau yang dia guna untuk potong benda tu?"

Kak SitiM punya reaksi, "Shut up stupid! Finish your food."


Hehehehehhe ... Halal lah!


Hanoi Trip - Love Hate Beginning

0 comments
Image: Google

Sebelum ini, kalau disebut negara-negara sebelah Asia Tenggara seperti Thailand, Vietnam, Cambodia Myanmar dan sebagainya, memang aku tak ada hati nak pergi melawat. Tak tahulah kenapa .. tapi macam ada satu perasaan tak suka yang susah nak diterangkan. Perasaan kurang senang dengan negaranya, orangnya - macam-macamlah. Tambahan bila sering dimomokkan dengan cerita-cerita kurang best, maka ia lagi menambahkah ketidaksukaan itu.

Tapi, satu hari, seperti kena pukau, bila tiba-tiba aku bersetuju bila Noya bertanya nak tak pergi melawat Vietnam pada bulan Oktober 2012? Tiket pergi balik RM1000 dan accommodation ditanggung oleh adiknya yang bekerja di sana. Kutanya Kak SitiM sama ada dia pergi ke tidak .. Rupanya awal lagi dia bersetuju. Dia pun syak diri dia dipukau oleh Noya!

Kemudian, bila tengok tarikh yang nak pergi, rupanya ia bertembung dengan Hari Raya Aidil Adha -- huhu, tak balik raya lah kami! Oh, depressed nya! Mulalah aku dan Kak SitiM menyumpah-nyumpah sendiri dengan keputusan yang tergesa-gesa itu. Tapi, kami tak beritahu Noya yang kami reluctant sebenarnya - boleh jadi banshee perempuan itu! 


Hanoi ... Here We Come! ~~ Oh boy!

Ruang Udara Malaysia
27 Oktober 2012 : 6:43am